QSR Brands, Yayasan JCorp Lahirkan 37 Graduan Berkemahiran Menerusi Program ADI
JOHOR BAHRU, 10 Julai (Bernama) -- QSR Brands menerusi KFC Malaysia dengan kerjasama Yayasan JCorp terus memainkan peranan dalam membangunkan tenaga kerja masa depan apabila melahirkan 37 lagi graduan berkemahiran menerusi Program Akademi Dalam Industri (ADI). QSR Brands dalam kenyataan memaklumkan inisiatif itu mencerminkan komitmen KFC Malaysia dalam menyediakan laluan kerjaya yang bermakna kepada golongan muda dengan menggabungkan pendidikan dan pengalaman industri secara langsung, sekali gus membolehkan pelajar memperoleh kemahiran praktikal sebelum melangkah ke alam pekerjaan....
Read Full Story