Chairman's Message
Chief Executive Officer's Message
Peranan
Yayasan Johor Corporation merupakan peneraju utama tanggungjawab korporat Johor Corporation dan Syarikat Dalam Kumpulan bagi memberi impak yang lebih besar dan diiktiraf di peringkat nasional dan global.
Bidang Fokus
Yayasan JCorp memperkasa modal insan melalui ilmu pengetahuan, kemahiran dan latihan praktikal bermula peringkat sekolah rendah lagi.
Melahirkan generasi yang memiliki jati diri dengan menyemarak dan memelihara Seni, Budaya & Warisan melalui pemupukan bakat, kreativiti dan penghasilan karya.
Program untuk menyokong Agenda Alam Sekitar, Sosial & Tadbir Urus (ESG) menerusi kerjasama JCorp dan syarikat dalam Kumpulan.
Mensejahterakan dan memupuk nilai-nilai kemasyarakatan dalam meningkatkan sosioekonomi menerusi program tanggungjawab korporat.
Pencapaian
Manfaat
Statistik
Info Terkini
Sokongan Kepada Individu Autisme
Di Yayasan JCorp, kami percaya setiap suara adalah unik dan perlu didengar. Disebabkan itu, Yayasan JCorp menubuhkan YJC Care Fund – bertujuan mengumpul dana bagi menampung kos pengesanan awal dan bantuan rawatan kepada individu autistik daripada golongan B40.
Sumbangan anda kepada YJC Care Fund ini dapat mencipta masa hadapan mereka yang lebih baik.
Ayuh, bersama memperkasakan suara autistik dan menjadikan perjalanan hidup mereka lebih bermakna.
Pendidikan Tanggungjawab Semua
Kira-kira 390,000 atau 72% lepasan SPM tidak berminat menyambung pendidikan ke peringkat seterusnya. Satu daripada sebabnya adalah faktor kewangan pendapatan keluarga yang menyebabkan bilangan anak-anak memerlukan perhatian semakin meningkat.
Dalam usaha membela nasib pelajar daripada kumpulan B40, Yayasan JCorp telah memperkenalkan satu inisiatif Bantuan Pendidikan Prihatin bagi membantu mengurangkan perbelanjaan pelajar di Institut Pengajian Tinggi.
Orang ramai dijemput untuk membuat sumbangan bagi memberi sinar dan harapan kepada mereka yang memerlukan. Setiap sumbangan akan memperoleh pelepasan cukai.