PENGENALAN

Program Semarak Jawi merupakan program kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Jabatan Agama Islam Johor, Persatuan khat dan NGO.


Penekanan program ini adalah terhadap elemen keusahawaan, pendedahan penulisan dan pembacaan jawi serta pertandingan kuiz dan coretan jawi yang terbuka kepada seluruh warga Malaysia.


Bagi tahun 2019, sebanyak 11 sekolah terlibat dari tiga daerah sebagai permulaan iaitu Kota Tinggi, Johor Bahru dan Batu Pahat.


OBJEKTIF

  • Memperkasakan dan menyemarakkan penggunaan tulisan dan bacaan jawi di kalangan remaja dan komuniti khususnya di negeri Johor.
  • Menjadikan tulisan jawi bukan sekadar pelajaran di dalam kelas, tetapi menjadi medium pembelajaran di luar kelas.
  • Mendedahkan para pelajar mengenai sejarah tulisan jawi sekaligus menyemai semangat cintakan tulisan jawi.
  • Sebagai satu polisi, panduan dan keseragaman dokumen yang akan dijadikan rujukan yang perlu diamalkan dan diikuti dari semasa ke semasa.



bengkel
bengkel
bengkel
bengkel
bengkel
bengkel
kursus
kursus
juri
juri
juri
juri
mesyuarat
mesyuarat
mesyuarati
mesyuarat
mesyuarat
mesyuarat
ujian
ujian
ujian
ujian

AKTIVITI PROGRAM SEMARAK JAWI

2019


Bengkel Khat Kreatif

Johor Bahru

Memberi latihan kepada pelajar dalam memupuk minat dalam Semarak Jawi.

Taklimat Program Semarak Jawi (Guru-guru dan NGO)

Institut Perguruan Temenggong Ibrahim

Tujuan program adalah memberi penerangan berhubung pelaksanaan Program Semarak Jawi bagi tahun 2019. Seramai 20 orang yang terlibat.

Taklimat Penjurian Pertandingan

Johor Bahru

Tujuan program adalah untuk memberi taklimat berhubung kaedah penjurian dan jadual waktu bertugas serta mengaplikasikan tulisan jawi dalam di Facebook dan “Survey Monkey’. Seramai 20 orang yang terlibat.

Bengkel Terjemahan Kuiz Jawi

Johor Bahru

Tujuan program adalah menterjemahkan soalan-soalan dan taklimat persedian berkaitan kuiz Semarak Jawi dan permainan Catur Bistari

Bengkel Terjemahan Catur Bistari

Johor Bahru

Tujuan program adalah menterjemahkan soalan-soalan dan taklimat persedian berkaitan kuiz Semarak Jawi dan permainan Catur Bistari

Taklimat Program Semarak Jawi (Pengetua) – Batu Pahat

Kolej kemahiran Tinggi Sri Gading

Tujuan program adalah memberi penerangan berhubung pelaksanaan Program Semarak Jawi bagi tahun 2019. Seramai 70 orang telah menyertai program ini yang terdiri pengetua sekolah yang terpilih.

Bengkel Terjemahan Kuiz Jawi

Bilik Seminar UTC, Johor

Tujuan program adalah menterjemahkan soalan-soalan dan taklimat persedian berkaitan kuiz Semarak Jawi. Seramai 25 orang dalam bengkel yang diadakan.

Sumbangan

Sumbangan anda layak mendapat tolakan cukai pendapatan di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967.

Nombor Akaun Yayasan Johor Corporation:
Bank Islam Malaysia Berhad: 01014010027795

Hubungi kami ditalian: +607-2195103 untuk sumbangan secara terus.