Johor Corporation (JCorp) telah menubuhkan Yayasan Johor Corporation (YJCorp) pada 9 Jun 1997 sebagai syarikat berhad dengan jaminan tanpa ‘share’ di bawah Akta Syarikat 1965.

Pada 15 Ogos 1999, YJCorp telah mendapat kelulusan dari pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi pelepasan cukai kepada penderma yang menyalurkan sumbangan kepadanya dan selaras dengan objektif penubuhannya untuk manafaat rakyat Malaysia.

YJCorp berperanan sebagai peneraju utama dalam melaksanakan aktiviti tanggungjawab korporat JCorp kepada orang ramai terutamanya dalam bidang pendidikan dan pembangunan modal insan & keusahawanan di kalangan pelajar sekolah dan IPT seluruh Malaysia.


Sumbangan

Sumbangan anda layak mendapat tolakan cukai pendapatan di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967.

Nombor Akaun Yayasan Johor Corporation:
Bank Islam Malaysia Berhad: 01014010027795

Hubungi kami ditalian: +607-2195103 untuk sumbangan secara terus.