PENGENALAN

Yayasan JCorp telah dilantik sebagai Local Partner oleh pihak The Asia Foundation (TAF) selama 3 tahun bermula 2019 – 2021 bagi menjayakan Program Galakan Membaca & Memperkasa Bahasa Inggeris (Books For Asia).


Sehingga ini, YJCorp telah menerima 14,137 naskah buku cerita bahasa inggeris kategori sekolah rendah untuk diedarkan kepada sekolah-sekolah & agensi yang terpilih di Semenanjung Malaysia.


Bagi memastikan program pengedaran buku dan aktiviti pembacaan yang lebih berkesan, YJCorp telah mengadakan kerjasama dengan Bahagian Sumber & Teknologi Pendidikan (BSTP) sebagaimana berikut :-

  • Pengagihkan buku-buku ke sekolah-sekolah di seluruh Semenanjung Malaysia.
  • Mengenalpasti dan mencadangkan sekolah yang layak menerima sumbangan buku.
  • Menilai kesesuaian buku untuk target pembaca.
  • Penyediaan tempat simpanan buku di BTP Kuala Lumpur bagi memudahkan guru-guru dari pelbagai negeri mengambil buku tersebut.
  • Membantu dalam menjayakan aktiviti pembacaan menggunakan buku yang diberikan di sekolah melalui program sedia ada (Nilam).
  • Membantu dari aspek kemudahan sokongan dalam menjayakan aktiviti galakan membaca dikalangan para pelajar.


Melalui program ini juga, YJCorp turut menganjurkan kuiz Johor Corporation English Challenge yang mula dipertandingan pada bulan Mei sehingga Disember 2019 melalui media sosial FB dan Instagram JCorp kepada orang ramai. Sehingga kini, seramai 4,030 telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini di seluruh Malaysia.


OBJEKTIF

  • Memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar.
  • Mengingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris para peserta.


AKTIVITI BOOKS FOR ASIA

2019


Pengedaran Buku Zon Utara (Perak)

BTP Perak, Ipoh

Seramai 60 guru dan pelajar telah hadir di Bahagian Sumber & Teknologi Pendidikan Negeri Perak untuk menerima buku sumbangan Books For Asia.

Pengedaran Buku Zon Utara (Kedah, Perlis & Pulau Pinang)

BTP Kedah, Alor Setar

Seramai 180 guru dan pelajar dari Kedah, Perlis dan Pulau Pinang telah hadir di Bahagian Sumber & Teknologi Pendidikan Negeri Kedah untuk menerima buku sumbangan Books For Asia.

Pengedaran Buku Zon Selatan (Johor) bersempena dengan Program Jalinan Ukhuwah

Dewan Serbaguna Kundang Ulu, Tangkak

• Seramai 200 guru dari seluruh negeri Johor telah hadir di Dewan Serbaguna Ulu Kundang, Tangkak untuk menerima sumbangan buku Books For Asia.

• Buku diserahkan oleh Menteri Besar Johor, YAB Dato' Dr. Sahruddin bin Jamal

Pengedaran Buku Zon Pantai Timur (Terengganu, Pahang & Kelantan)

BTP Terengganu, Marang

Seramai 180 guru dan pelajar dari Terengganu, Pahang dan Kelantan telah hadir di Bahagian Sumber & Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu untuk menerima buku sumbangan Books For Asia.

Aktiviti Pembacaan Bersama Sukarelawan UMT di Sk Padang Setengge, Terengganu

SK Padang Setengge, Hulu Terengganu

• Seramai 40 pelajar telah menyertai aktiviti galakan membaca Bahasa Inggeris dengan menggunakan buku Books For Asia.

• Aktiviti ini turut dibantu oleh sukarelawan yang terdiri daripada mahasiswa Universiti Malaysia Terengganu.

Taklimat Program BFA dan cara menjawab JCorp English Challenge kepada Sekolah Pro Du-It

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

Seramai 80 guru telah hadir di UTHM untuk menerima sumbangan buku Books For Asia

Pengedaran Buku Zon Selatan (Negeri Sembilan & Melaka)

BTP Melaka

Seramai 120 guru dan murid dari negeri Melaka dan Negeri Sembilan telah hadir di Bahagian Sumber & Teknologi Pendidikan Negeri Melaka untuk menerima sumbangan buku Books For Asia.

Pengedaran Buku Sempena Kembara Mahkota Johor

Tangkak & Muar

• Sebanyak 3 sekolah dan sebuah institusi kebajikan anak-anak yatim telah menerima sumbangan buku Books For Asia.

• Sumbangan buku telah diserahkan oleh DYMM Sultan Johor di Tangkak dan YAM Tunku Idris di Muar.

Pengedaran Buku Zon Tengah

• Sebanyak 232 guru dan pelajar dari Negeri Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur telah hadir di Bahagian Sumber & Teknologi Pendidikan, Bukit Kiara untuk menerima sumbangan buku Books For Asia.

Bengkel Kerja Pemurnian Item Bahasa Inggeris JCorp English Challenge 2019

Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ)

Seramai 18 guru pakar Bahasa Inggeris telah bekerjasama dengan YJC untuk menambah baik kualiti soalan kuiz Johor Corporation English Challenge dan melakukan kerja-kerja menterjemah koleksi soalan Catur Bistari daripada Bahasa Melayu kepada Bahasa Inggeris.

Bengkel Penyediaan Kuiz bagi Program Books For Asia

Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ)

• Seramai 20 guru pakar Bahasa Inggeris telah bekerjasama dengan YJC untuk menghasilkan koleksi soalan kuiz Johor Corporation English Challenge berdasarkan koleksi e-book Let’s Read.

• Johor Corporation English Challenge ialah pertandingan atas talian yang dijalankan secara mingguan untuk pelajar Malaysia berusia 7 – 18 tahun.


aktiviti
aktiviti
aktiviti
aktiviti
aktiviti
aktiviti
aktiviti
aktiviti
aktiviti
bengkel
bengkel
bengkel
buku
buku
buku
buku
buku
buku
buku
buku
buku
buku
buku
buku

Sumbangan

Sumbangan anda layak mendapat tolakan cukai pendapatan di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967.

Nombor Akaun Yayasan Johor Corporation:
Bank Islam Malaysia Berhad: 01014010027795

Hubungi kami ditalian: +607-2195103 untuk sumbangan secara terus.